Wednesday, 16 December 2015

Reka Cipta Tingkatan 4


Blog ini berkaitan dengan sukatan pelajaran Reka Cipta tingkatan 4. Tajuk-tajuk yang dibincang dalam blog ini merangkumilah jenis dan fungsi, teknik pengunaan, dan kaedah kerja. Blog ini bertujuan untuk menyempurnakan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah saya. Nota ini boleh dijadikan sebagai rujukan. Sekian terima kasih.


Tuesday, 15 December 2015

Nota Pengajaran 3

c. Kaedah Kerja

Kaedah kerja
Huraian
Contoh
Pengukuran
Menentukan saiz bahan yang dikehendaki berdasarkan lukisan kerja
Pita ukur, Pembaris keluli dan Sesiku L
Penandaan
Menanda bahagian yang hendak dipotong, digerdi atau dibuat tanggam.
Pensel, Tolok penanda, pisau
Peyambungan
Proses memasang bahagian yang telah dipotong dan dibengkokkan. Kerja-kerja mencatum ialah meribet, melekat dan menskru.
Tanggam (cantuman atau sambungan kayu), Engsel, Breket, Skru, Paku, Ribet
Pemotongan dan pembentukan
Membuang bahagian yang tidak diperlukan dan pembentukkan pula dilakukan sebelum bahagian projek dipasang, aktiviti membentuk adalah melengkung, melipat dan membengkok.
Gergaji puting, pahat, pisau, gandin kayu
Pengemasan, Perataan, dan Pengawetan
Untuk mencantikkan, selamat digunakan, melindungi permukaan projek agar lebih tahan lama serta mudah dibersihkan.
Berus cat, Pengikis, Kertas las, Tepung penymbat, Cat lincau, Syelek, Tona kayu

Pertimbangan Pemilihan

Berikut adalah pertimbangan yang perlu diambil kira semasa memilih bahan dan keadah kerja:

Kos
Berpatutan dengan kos pembuatan dan mampu dibeli dan dimiliki pengguna

Kesesuaian
menggunakan bahan yang mudah didapati dan mudah dipasang sesuai dengan 
kos yang perlu dibayar

Keselamatan
Tidak mendatang bahaya kepada pengguna dan kesan buruk terhadap alam sekitar

Ketahanan
berfungsi dengan baik dan memenuhi kehendak pengguna

Saiz
Memenuhi cita rasa masa kini, saiz yang tidak memberi bebanan kepada pengguna dan mampu dipasarkan.

Kecekapan
mempunyai konsep dan rupa menarik, stabil dan praktikal ketika menggunakannya.


Aspek-aspek ini amat penting dalam mereka cipta sesuatu projek kerana:
  • Untuk mengurangkan masalah ketika membina produk dapat dihasilkan dengan lancar.
  • Tidak akan membazirkan bahan, masa dan memastikan kos masih berada dalam kawalan ketika penghasilan projek.
Nota Tambahan : Kaedah Kerja

Cuba buat soalan di Latihan 3

Set Induksi

Peralatan Tangan dan Mesin

Peralatan tangan dan mesin digunakan untuk mengerak, mengubah  bentuk atau menyelaras bahan. Pelbagai projek dan kerja dapat dihasilkan dengan bantuan peralatan dan mesin.
Peralatan tangan adalah sesuatu peralatan yang memerlukan penggunaan tenaga manusia secara manual manakala mesin pula adalah peralatan yang memerlukan penggunaan sumber kuasa lain, seperti elektrik. 



Asal usul peralatan tangan dan mesin

Nota Pengajaran 2

b. Teknik Pengunaan

Peraturan Keselamatan

Sebelum kita memasuki bengkel, kita perlulah mengetahui tentang peraturan dan keselamatan di dalam bengkel. Kita perlulah berwaspada ketika mengunakan alatan dan mesin bagi menggelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Peraturan keselamatan diadakan untuk memastikan suasana kerja dalam persekitaran serta suasana bengkel yang teratur dan selamat tanpa berlakunya kemalangan ataupun kecederaan kepada pelajar.


Video peraturan dan keselamatan


Punca Kemalangan elektrik
  • Memegang suis dalam keadaan basah.
  • Meletakkan plug pada soket yang berlebihan pada satu masa.
  • Penyambungan wayar yang tidak sistematik.
  • Penebat wayar yang telah rosak.
  • Tidak mematikan suis selepas menggunakannya.
  • Cuai semasa menggunakan peralatan elektrik.
  • Tidak mempunyai label atau papan tanda.
  • Menggunakan plug yang telah pecah.
  • Menggunakan peralatan yang telah rosak.
  • Pastikan semua barang diletakkan di luar


Tips dan cara-cara untuk merawat mangsa renjatan elektrik
Lazimnya, mangsa yang terkena renjatan elektrik tidak sedarkan diri, hilang daya pernafasan dan terhenti denyutan jantung.

Bahagian badan mangsa yang terkena renjatan elektrik akan kelihatan kesan terbakar dan berkemungkinan akan mengalami kecederaan dalaman.



Tindakan

1. Jika didapati arus elektrik masih mengalir, segera matikan bekalan. Gunakan bahan bukan pengalir untuk mengalihkan pengalir yang masih hidup. Lebih lama arus elektrik mengalir ke tubuh mangsa akan menyebabkan denyutan jantung terhenti.
2. Mangsa hendaklah dialihkan dari kawasan bahaya dan jika perlu berikan rawatan pemulihan yang sesuai kepadanya.


Teknik Pengunaan Alatan Tangan Dan Mesin

Cara Menggunakan Sesiku L
  1. Letakkan Sesiku L di atas benda kerja yang hendak diukur.
  2. Kemudian, rapatkan bahagian badan sesiku L ke bahagian sisi benda kerja kerja.
  3. Seterusnya, pastikan sesiku L dan benda kerja dilekapkan bagi mendapatkan sudut tepat 90°.
  4. Akhir sekali, gariskan menggunakan pensel untuk mendapatkan garisan yang tepat.


Cara Menggunakan Pembaris Keluli
  1. Pembaris keluli diletakkan di atas benda kerja yang hendak diukur.
  2. Selarikan bahagian hujung pembaris dengan bahagian hujung bahan tersebut.
  3. Kemudian, tandakan menggunakan pensel atau penggarit pada sengatan ukuran yang dikehendaki.


Cara Menggunakan Apit G
  1. Letakkan beanda kerja di atas meja.
  2. Kemudian, letakkkan dua reja kayu di antara benda kerja tersebut bagi mengelakkan benda kerja daripada rosak.
  3. Akhir sekali, kepitkan kedua-dua kayu reja tersebut sehingga benda kerja diikat dengan kemas.


Cara Menggunakan Ragum Kayu
  1. Ragum kayu sememangnya kita boleh lihat telah dilekatkan siap pada bahagian meja kerja.
  2. Jadi, bagi menggunakannya, pusingkan pedal untuk membukanya.
  3. Kemudian, letakkan kayu reja di antara benda kerja bagi mengelakkan daripada berlaku kerosakan pada bahagian tertentu benda kerja tersebut.
  4. Akhir sekali, pusingkan kembali pedal sehingga benda kerja dikepitkan dengan kemas.
  5. Konsepnya sama seperti cara menggunakan Apit G.


Cara Menggunakan Gergaji Puting
  1. Semasa menggunakan gergaji puting, penahan tepi yang diperbuat daripada kayu diperlukan bagi memberi kekuatan pegangan semasa melakukan kerja pemotongan.
  2. Benda kerja dipegang dan ditolak rapat ke penahan tepi.
  3. Akhir sekali, potongkan benda kerja pada aras yang sekata seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.


Cara Menggunakan Tukul Warington
  1. Tukul warrington digunakan untuk mengetuk paku kecil di tempat-tempat yang sukar.
  2. Cara menggunakannya, pegangkan paku pada bahagian hujung dua jari. Kemudian, ketuk menggunakan tukul warrington dengan perlahan-lahan sehingga paku terbenam sepenuhnya.



Cara Menggunakan Mesin Sander
  1. Sebelum memasang, pastikan suis gerinda pada kedudukan off.
  2. Tekan / tarik suis untuk menghidupkan mesin, Butang bulat berfungsi untuk mengunci suis agar dapat menyala tanpa perlu menekan suis
  3. Untuk jenis mesin kertas pasir dengan variable speed, kita boleh menetapkan kelajuan mesin dengan memutar-mutar suis.
  4. Jika beg habuk sudah penuh, kita boleh melepaskannya dan membuang isinya dengan cara membuka reseliting pada beg tersebut.
  5. Setelah selesai menggunakannya jangan lupa untuk mencabut plag dari stop kenalan dan bersihkan mesin dari debu menggunakan berus.


Cara Menggunakan Gergaji Jig
  1. Sebelum memasang, pastikan suis pada mesin gergaji jig pada kedudukan off.
  2. Tekan / tarik suis untuk menghidupkan mesin. Pada gergaji jig jenis tertentu juga terdapat suis untuk menetapkan kelajuan jigsaw, putar suis untuk mendapatkan kelajuan yang diperlukan.
Nota Tambahan : Teknik Pengunaan

Cuba buat soalan di Latihan 2


Rujukan
  • https://www.youtube.com/watch?v=ZY-WdRC_orU
  • http://menjaga-keselamatan-diri.blogspot.my/2011/05/merawat-mangsa-renjatan-elektrik.html
  • http://alatanbengkel.blogspot.my/2011/03/cara-cara-penggunaan-alatan-tangan.html


Jadual Spesifikasi Ujian

Ujian Instrukmen


Jadual Spesifikasi Ujian
Matapelajaran : Reka Cipta                                                                               
Tingkatan : 4
Kemahiran
Tajuk
Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian

Jumlah

Kenalpasti alatan dan mesin serta fungsinya
1



1
Perbezaan jenis gergaji

1


1
Peraturan dan keselamatan
1




1
Teknik menggunakan alatan tangan dan mesin


1



1
Pendedahan kaedah kerja

1




1
Aspek pemilihan bahan dan kaedah kerja

1




1

Jumlah

 

1
3
1
1
-
-
6

Peratusan

19 %
11%
-
30 %

Rancangan Pengajaran Harian


Click sini---> Rancangan Pengajaran Harian

Nota Pengajaran 1

2.2 Peralatan, perkakasan dan kaedah kerja

a. Jenis dan Fungsi

Alatan tangan dan mesin digunakan dalam proses peghasilan sesuatu projek. Alatan tangan dan mesin mestilah sesuai dengan bahan dan tujuan alatan digunakan.

Kriteria pemilihan alatan tangan dan mesin ialah:
  • kesesuaian bahan.
  • Kemahiran mengedalikan alatan.
  • kemudahan mendapatkan alatan.
  • Faktor keselamatan semasa menggunakan alatan.

Jenis alatan tangan dan mesin


Video jenis alatan tangan dan mesin

Fungsi alatan tangan dan mesin

         GAMBAR
    NAMA
                      FUNGSI



Pita Pengukur

ü  Mengukur jarak.
ü  Memindahkan ukuran.
ü  Pita dapat dikeluarkan dan dimasukkan semula ke perumahnya.



Pembaris Keluli

ü  Mengukur jarak dan memindahkan ukuran.
ü  Membina garisan lurus.
ü  Menguji kerataan permukaan kayu.

 
Ragum Meja

ü  Memegang benda kerja semasa ianya dikerjakan.
ü  Perhatian: Jangan menggunakan ragum meja sebagai andas.

 
Apit G

ü  Mengapit kayu ketika proses mengglukan dua kepingan kayu.
ü  Memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan.

 
Ketam Pelicin

ü  Mengetam permukaan kayu selepas diketam dengan ketan kasar kepada saiz yang lebih tepat.







Gergaji Bajang

ü  Membuat tanggam yang pemasangannya lebih ketat dan tepat
 
Gergaji Puting

ü  Menggergaji kayu-kayu kecil.
ü  Memotong tanggam.
ü  Mempunyai jalur logam di bahagian atasnya.


 
Sesiku L

ü  Menguji kepersegian kayu.
ü  Membuat garisan bersudut tepat.
ü  Menguji kerataan permukaan kayu.
ü  Menentukan ketepatan sudut 90 darjah.

 
Gergaji Lengkung Halus

ü  Menggergaji kayu nipis.
ü  Menggergaji bahagian lengkung pada bahan nipis.




Tolok Penanda

ü  Menandai ukuran tebal atau lebar kayu.
ü  Tebal atau lebar kayu itu dapat ditandai dengan garisan selari dengan iras kayu yang dibuat pada sisi atau permukaan kayu.
ü  Garisan ini menunjukkan tebal atau lebar kayu dalam ukuran yang seragam.


Gandin Kayu

ü  Menukul alatan berhulu kayu.
ü  Mengetuk bahagian projek semasa pemasangan.
ü  Digunakn untuk memahat dan memasang atau menanggalkan tanggam



Pahat Tepi Serong

ü  Meraut dan menatal tanggam.
ü  Membersihkan bucu tanggam.


 
Tukul Warington

ü  Menukul paku kecil dan halus.
ü  Bongkol berfungsi menukul paku yang kecil seperti paku panel serta menekan kayu hiasan dan venir ke temaptnya semasa diglu dan bahagian untuk mengetuk paku di bahagian tepi perabut yang sempit

 
Tukul Kuku Kambing

ü  Menukul dan mencabut paku.
ü  Saiz ditentukan oleh berat kepalanya.

 
Gergaji Jig

ü  Memotong lurus dan lengkung pada papan, papan lapis, MDF dan kepingan plastik.


 
Mesin Gerudi Mudah Alih

ü  Digunakan untuk membuat lubang pada kayu atau logam lembut.
ü  Boleh dilakukan secara menegak atau mendatar.


 
Sander

ü  Meratakan dan melicinkan permukaan kayu.
ü  Membuang karat pada keluli lembut.


Nota Tambahan : Jenis dan fungsi

Cuba buat soalan di Latihan 1