b. Teknik Pengunaan
Peraturan Keselamatan
Sebelum kita memasuki bengkel, kita perlulah mengetahui tentang
peraturan dan keselamatan di dalam bengkel. Kita perlulah berwaspada
ketika mengunakan alatan dan mesin bagi menggelakkan kejadian yang tidak
diingini berlaku. Peraturan keselamatan diadakan untuk
memastikan suasana kerja dalam persekitaran serta suasana bengkel
yang teratur dan selamat tanpa berlakunya kemalangan ataupun kecederaan kepada
pelajar.
Video peraturan dan keselamatan
Punca Kemalangan elektrik
- Memegang suis dalam keadaan basah.
- Meletakkan plug pada soket yang berlebihan pada satu masa.
- Penyambungan wayar yang tidak sistematik.
- Penebat wayar yang telah rosak.
- Tidak mematikan suis selepas menggunakannya.
- Cuai semasa menggunakan peralatan elektrik.
- Tidak mempunyai label atau papan tanda.
- Menggunakan plug yang telah pecah.
- Menggunakan peralatan yang telah rosak.
- Pastikan semua barang diletakkan di luar
Tips
dan cara-cara untuk merawat mangsa renjatan elektrik
Lazimnya, mangsa yang terkena renjatan elektrik tidak sedarkan diri, hilang daya pernafasan dan terhenti denyutan jantung.
Bahagian badan mangsa yang terkena renjatan elektrik akan kelihatan kesan terbakar dan berkemungkinan akan mengalami kecederaan dalaman.
Lazimnya, mangsa yang terkena renjatan elektrik tidak sedarkan diri, hilang daya pernafasan dan terhenti denyutan jantung.
Bahagian badan mangsa yang terkena renjatan elektrik akan kelihatan kesan terbakar dan berkemungkinan akan mengalami kecederaan dalaman.
Tindakan
1. Jika didapati arus elektrik masih mengalir, segera matikan bekalan. Gunakan bahan bukan pengalir untuk mengalihkan pengalir yang masih hidup. Lebih lama arus elektrik mengalir ke tubuh mangsa akan menyebabkan denyutan jantung terhenti.
2. Mangsa hendaklah dialihkan dari kawasan bahaya dan jika perlu berikan
rawatan pemulihan yang sesuai kepadanya.
Teknik Pengunaan Alatan Tangan Dan Mesin
Cara Menggunakan Sesiku L
- Letakkan Sesiku L di atas benda kerja yang hendak diukur.
- Kemudian, rapatkan bahagian badan sesiku L ke bahagian sisi benda kerja kerja.
- Seterusnya, pastikan sesiku L dan benda kerja dilekapkan bagi mendapatkan sudut tepat 90°.
- Akhir sekali, gariskan menggunakan pensel untuk mendapatkan garisan yang tepat.
Cara Menggunakan Pembaris Keluli
- Pembaris keluli diletakkan di atas benda kerja yang hendak diukur.
- Selarikan bahagian hujung pembaris dengan bahagian hujung bahan tersebut.
- Kemudian, tandakan menggunakan pensel atau penggarit pada sengatan ukuran yang dikehendaki.
Cara Menggunakan Apit G
- Letakkan beanda kerja di atas meja.
- Kemudian, letakkkan dua reja kayu di antara benda kerja tersebut bagi mengelakkan benda kerja daripada rosak.
- Akhir sekali, kepitkan kedua-dua kayu reja tersebut sehingga benda kerja diikat dengan kemas.
Cara Menggunakan Ragum Kayu
- Ragum kayu sememangnya kita boleh lihat telah dilekatkan siap pada bahagian meja kerja.
- Jadi, bagi menggunakannya, pusingkan pedal untuk membukanya.
- Kemudian, letakkan kayu reja di antara benda kerja bagi mengelakkan daripada berlaku kerosakan pada bahagian tertentu benda kerja tersebut.
- Akhir sekali, pusingkan kembali pedal sehingga benda kerja dikepitkan dengan kemas.
- Konsepnya sama seperti cara menggunakan Apit G.
Cara Menggunakan Gergaji Puting
- Semasa menggunakan gergaji puting, penahan tepi yang diperbuat daripada kayu diperlukan bagi memberi kekuatan pegangan semasa melakukan kerja pemotongan.
- Benda kerja dipegang dan ditolak rapat ke penahan tepi.
- Akhir sekali, potongkan benda kerja pada aras yang sekata seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.
Cara Menggunakan Tukul Warington
- Tukul warrington digunakan untuk mengetuk paku kecil di tempat-tempat yang sukar.
- Cara menggunakannya, pegangkan paku pada bahagian hujung dua jari. Kemudian, ketuk menggunakan tukul warrington dengan perlahan-lahan sehingga paku terbenam sepenuhnya.
Cara
Menggunakan Mesin Sander
- Sebelum memasang, pastikan suis gerinda pada kedudukan off.
- Tekan / tarik suis untuk menghidupkan mesin, Butang bulat berfungsi untuk mengunci suis agar dapat menyala tanpa perlu menekan suis
- Untuk jenis mesin kertas pasir dengan variable speed, kita boleh menetapkan kelajuan mesin dengan memutar-mutar suis.
- Jika beg habuk sudah penuh, kita boleh melepaskannya dan membuang isinya dengan cara membuka reseliting pada beg tersebut.
- Setelah selesai menggunakannya jangan lupa untuk mencabut plag dari stop kenalan dan bersihkan mesin dari debu menggunakan berus.
Cara
Menggunakan Gergaji Jig
- Sebelum memasang, pastikan suis pada mesin gergaji jig pada kedudukan off.
- Tekan / tarik suis untuk menghidupkan mesin. Pada gergaji jig jenis tertentu juga terdapat suis untuk menetapkan kelajuan jigsaw, putar suis untuk mendapatkan kelajuan yang diperlukan.
Rujukan :
- https://www.youtube.com/watch?v=ZY-WdRC_orU
- http://menjaga-keselamatan-diri.blogspot.my/2011/05/merawat-mangsa-renjatan-elektrik.html
- http://alatanbengkel.blogspot.my/2011/03/cara-cara-penggunaan-alatan-tangan.html
No comments:
Post a Comment