Tuesday, 15 December 2015

Nota Pengajaran 1

2.2 Peralatan, perkakasan dan kaedah kerja

a. Jenis dan Fungsi

Alatan tangan dan mesin digunakan dalam proses peghasilan sesuatu projek. Alatan tangan dan mesin mestilah sesuai dengan bahan dan tujuan alatan digunakan.

Kriteria pemilihan alatan tangan dan mesin ialah:
  • kesesuaian bahan.
  • Kemahiran mengedalikan alatan.
  • kemudahan mendapatkan alatan.
  • Faktor keselamatan semasa menggunakan alatan.

Jenis alatan tangan dan mesin


Video jenis alatan tangan dan mesin

Fungsi alatan tangan dan mesin

         GAMBAR
    NAMA
                      FUNGSI



Pita Pengukur

ü  Mengukur jarak.
ü  Memindahkan ukuran.
ü  Pita dapat dikeluarkan dan dimasukkan semula ke perumahnya.



Pembaris Keluli

ü  Mengukur jarak dan memindahkan ukuran.
ü  Membina garisan lurus.
ü  Menguji kerataan permukaan kayu.

 
Ragum Meja

ü  Memegang benda kerja semasa ianya dikerjakan.
ü  Perhatian: Jangan menggunakan ragum meja sebagai andas.

 
Apit G

ü  Mengapit kayu ketika proses mengglukan dua kepingan kayu.
ü  Memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan.

 
Ketam Pelicin

ü  Mengetam permukaan kayu selepas diketam dengan ketan kasar kepada saiz yang lebih tepat.







Gergaji Bajang

ü  Membuat tanggam yang pemasangannya lebih ketat dan tepat
 
Gergaji Puting

ü  Menggergaji kayu-kayu kecil.
ü  Memotong tanggam.
ü  Mempunyai jalur logam di bahagian atasnya.


 
Sesiku L

ü  Menguji kepersegian kayu.
ü  Membuat garisan bersudut tepat.
ü  Menguji kerataan permukaan kayu.
ü  Menentukan ketepatan sudut 90 darjah.

 
Gergaji Lengkung Halus

ü  Menggergaji kayu nipis.
ü  Menggergaji bahagian lengkung pada bahan nipis.




Tolok Penanda

ü  Menandai ukuran tebal atau lebar kayu.
ü  Tebal atau lebar kayu itu dapat ditandai dengan garisan selari dengan iras kayu yang dibuat pada sisi atau permukaan kayu.
ü  Garisan ini menunjukkan tebal atau lebar kayu dalam ukuran yang seragam.


Gandin Kayu

ü  Menukul alatan berhulu kayu.
ü  Mengetuk bahagian projek semasa pemasangan.
ü  Digunakn untuk memahat dan memasang atau menanggalkan tanggam



Pahat Tepi Serong

ü  Meraut dan menatal tanggam.
ü  Membersihkan bucu tanggam.


 
Tukul Warington

ü  Menukul paku kecil dan halus.
ü  Bongkol berfungsi menukul paku yang kecil seperti paku panel serta menekan kayu hiasan dan venir ke temaptnya semasa diglu dan bahagian untuk mengetuk paku di bahagian tepi perabut yang sempit

 
Tukul Kuku Kambing

ü  Menukul dan mencabut paku.
ü  Saiz ditentukan oleh berat kepalanya.

 
Gergaji Jig

ü  Memotong lurus dan lengkung pada papan, papan lapis, MDF dan kepingan plastik.


 
Mesin Gerudi Mudah Alih

ü  Digunakan untuk membuat lubang pada kayu atau logam lembut.
ü  Boleh dilakukan secara menegak atau mendatar.


 
Sander

ü  Meratakan dan melicinkan permukaan kayu.
ü  Membuang karat pada keluli lembut.


Nota Tambahan : Jenis dan fungsi

Cuba buat soalan di Latihan 1









No comments:

Post a Comment