c. Kaedah Kerja
Kaedah kerja
|
Huraian
|
Contoh
|
Pengukuran
|
Menentukan saiz bahan yang dikehendaki
berdasarkan lukisan kerja
|
Pita ukur, Pembaris keluli dan Sesiku L
|
Penandaan
|
Menanda bahagian yang hendak dipotong, digerdi
atau dibuat tanggam.
|
Pensel, Tolok penanda, pisau
|
Peyambungan
|
Proses memasang bahagian yang telah dipotong
dan dibengkokkan. Kerja-kerja mencatum ialah meribet, melekat dan menskru.
|
Tanggam (cantuman atau sambungan kayu),
Engsel, Breket, Skru, Paku, Ribet
|
Pemotongan dan
pembentukan
|
Membuang bahagian yang tidak diperlukan dan
pembentukkan pula dilakukan sebelum bahagian projek dipasang, aktiviti
membentuk adalah melengkung, melipat dan membengkok.
|
Gergaji puting, pahat, pisau, gandin kayu
|
Pengemasan,
Perataan, dan Pengawetan
|
Untuk mencantikkan, selamat digunakan,
melindungi permukaan projek agar lebih tahan lama serta mudah dibersihkan.
|
Berus cat, Pengikis, Kertas las, Tepung
penymbat, Cat lincau, Syelek, Tona kayu
|
Pertimbangan Pemilihan
Berikut adalah pertimbangan yang perlu diambil
kira semasa memilih bahan dan keadah kerja:
Kos
Berpatutan
dengan kos pembuatan dan mampu dibeli dan dimiliki pengguna
Kesesuaian
menggunakan
bahan yang mudah didapati dan mudah dipasang sesuai dengan
kos yang perlu
dibayar
Keselamatan
Tidak
mendatang bahaya kepada pengguna dan kesan buruk terhadap alam sekitar
Ketahanan
berfungsi
dengan baik dan memenuhi kehendak pengguna
Saiz
Memenuhi
cita rasa masa kini, saiz yang tidak memberi bebanan kepada pengguna dan mampu
dipasarkan.
Kecekapan
mempunyai
konsep dan rupa menarik, stabil dan praktikal ketika menggunakannya.
Aspek-aspek
ini amat penting dalam mereka cipta sesuatu projek kerana:
- Untuk mengurangkan masalah ketika membina produk dapat dihasilkan dengan lancar.
- Tidak akan membazirkan bahan, masa dan memastikan kos masih berada dalam kawalan ketika penghasilan projek.
Cuba buat soalan di Latihan 3
No comments:
Post a Comment